Sunday, November 15, 2009

Permohonan Jawatan Guru

Permohonan jawatan guru di Madrasah Al-Aminiah terbuka kepada individu yang berminat dan berkelayakan. Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi pihak sekolah.

Sejarah Sekolah

* Diasaskan oleh allahyarham Tn. Hj Zabidi b. hj Mohd. Ali pada tahun 1982.

Sebagai asas permulaan, beliau telah membuka kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 6 tahun yang bertempat di Dewan Hj. Zabidi.

* Pada Ogos 1990, allahyarham Hj. Zabidi telah kembali ke rahmatullah pada usia menjangkau 78 tahun. Namun, hasil usaha beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Setelah pemergian allahyarham, pentadbiran sekolah diteruskan oleh adik beliau sendiri iaitu Tn. Hj. Kassim.

* Di bawah pentadbiran Tn. Hj. Kassim, pada tanggal 1 Oktober 1990, nama Madrasah Al-Aminiah diwujudkan dan didaftarkan sebagai sebuah sekolah agama rakyat.

* Pengetua pertama yang dilantik untuk menerajui Madrasah Al-Aminiah dan sehingga sekarang ialah Tn. Hj. Azamuddin bin Alang Hamzah.


* Pada tahun 1992, pembelajaran yang dijalankan di dalam dewan sebelum ini telah berpindah ke sebuah bangunan. sekolah yang lebih sempurna. Dari semasa ke semasa, bangunan-bangunan baru dibina bagi menampung keperluan pembelajaran dan bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Thursday, January 22, 2009

Infrastruktur




Bangunan surau, perpustakaan dan asrama putera



Bangunan kelas




Bangunan kelas (2 tingkat) yang disumbangkan oleh pihak ETIQA pada tahun 2008



Pondok Asrama puteri




Pondok asrama puteri

Thursday, November 13, 2008

Akademik

  • Sistem pembelajaran di Madrasah Al-Aminiah terdiri daripada pelajaran agama dan akademik.

Kelas:

Kelas Agama Asas Jawi/ PASTI - 5 tahun dan 6 tahun
- sesi pembelajaran : Isnin hingga Jumaat, 2.30 ptg - 5.30 ptg

Ibtidaie 1 dan 2 / Darjah 1 dan 2
- sesi pembelajaran : Isnin hingga Jumaat, 2.15 ptg - 6.15 ptg

Ibtidaie 3, 4, 5 dan 6
- sesi pembelajaran : Isnin hingga Jumaat, 8.00 pg - 1.20 ptg

Thanawi 1 hingga 5 / Tingkatan 1 hingga 5
- sesi pembelajaran : Isnin hingga Jumaat, 7.40 pg - 2.00 ptg

Bimbingan Fardhu Ain - Darjah 1 hingga 5
- sesi pembelajaran : Sabtu dan Ahad, 8.00 pg - 12.00 tghri



Peperiksaan utama yang diambil oleh pelajar:

* Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU), anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) - Thanawi 2
* Penilaian Menengah Rendah (PMR) - Thanawi 3
* Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), anjuran Jabatan Agama Islam Pulau Pinang - Thanawi 4
* Sijil Penilaian Menengah (SPM) - Thanawi 5

Monday, November 10, 2008

Galeri Foto

Sekitar majlis Anugerah Cemerlang (Ihtifal) ke 18, Madrasah Al-Aminiah pada 8 November 2008.


Persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Ibtidaie

Anugerah pelajar terbaik 2008 diterima oleh palajar Thanawi 5, Mohd Mukhlis b. Mohd. Zain















Profil Sekolah

Madrasah Al-Aminiah merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang memberi pendidikan dari segi pendidikan agama dan akademik.