Sunday, November 15, 2009

Sejarah Sekolah

* Diasaskan oleh allahyarham Tn. Hj Zabidi b. hj Mohd. Ali pada tahun 1982.

Sebagai asas permulaan, beliau telah membuka kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 6 tahun yang bertempat di Dewan Hj. Zabidi.

* Pada Ogos 1990, allahyarham Hj. Zabidi telah kembali ke rahmatullah pada usia menjangkau 78 tahun. Namun, hasil usaha beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Setelah pemergian allahyarham, pentadbiran sekolah diteruskan oleh adik beliau sendiri iaitu Tn. Hj. Kassim.

* Di bawah pentadbiran Tn. Hj. Kassim, pada tanggal 1 Oktober 1990, nama Madrasah Al-Aminiah diwujudkan dan didaftarkan sebagai sebuah sekolah agama rakyat.

* Pengetua pertama yang dilantik untuk menerajui Madrasah Al-Aminiah dan sehingga sekarang ialah Tn. Hj. Azamuddin bin Alang Hamzah.


* Pada tahun 1992, pembelajaran yang dijalankan di dalam dewan sebelum ini telah berpindah ke sebuah bangunan. sekolah yang lebih sempurna. Dari semasa ke semasa, bangunan-bangunan baru dibina bagi menampung keperluan pembelajaran dan bilangan pelajar yang semakin bertambah.

2 comments:

flash said...

terima kasih keatas bantuan guru-guru dalam mengajar kami murid-murid di sekolah ini....

UstazK said...

kat sekolah ni pljr tnktn 5 boleh baca kitab arab tak berbaris ke?